Skip to main content

5 Tips Mudah untuk Pemakanan yang Lebih Sihat

Assalamualaikum dan apa khabar, kawan-kawan U.n.i KLINIK! πŸŽ‰
Tinggal beberapa hari sahaja sebelum kita melangkah ke tahun baru. Jom pasang azam untuk lebih menjaga kesihatan! πŸ’ͺ

Mulakan dengan pemakanan yang lebih sihat, kerana “anda adalah apa yang anda makan.” Gittuuuhhh! πŸ˜†

1️⃣ Perbanyakkan Minum Air πŸ’§

Kadang-kadang, rasa lapar sebenarnya adalah tanda badan kekurangan air. Minumlah air kosong atau minuman rendah gula untuk kekal hidrasi tanpa menambah kalori berlebihan.

2️⃣ Berhenti Snacking di Waktu Malam 🍿🚫

Makan jajan depan TV memang nikmat dunia, kan? Tapi, kalori ekstra ini sukar dibakar dan boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Jika tetap ingin snacking, pilihlah pilihan lebih sihat dengan kurang daripada 100 kcal seperti:
βœ… Yogurt rendah lemak
βœ… Buah-buahan segar
βœ… Kekacang tanpa garam

3️⃣ Nikmati Makanan Kegemaran dengan Sederhana 🍫

Nak makan coklat? Boleh je! Tapi kawal kuantiti. Jika sebelum ini anda makan sebalang coklat, sekarang cukup sebatang sahaja. Makan dengan penuh kesedaran adalah kunci!

4️⃣ Makan dalam Kuantiti Kecil tetapi Kerap 🍽️

Kajian menunjukkan makan 4-5 kali sehari dalam kuantiti kecil membantu mengawal selera dan berat badan. Bahagikan kalori harian anda kepada beberapa hidangan kecil untuk elak makan berlebihan.

5️⃣ Pastikan Setiap Hidangan Ada Protein πŸ₯©πŸ₯š

Protein membuatkan anda rasa kenyang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak. Ia juga membantu mengekalkan otot dan mempercepat pembakaran lemak. Pilih protein sihat seperti:
βœ… Ikan & makanan laut
βœ… Daging tanpa lemak
βœ… Putih telur
βœ… Yogurt & keju
βœ… Kacang soya & kekacang

Dengan amalan pemakanan sihat ini, badan anda akan lebih bertenaga dan sihat sepanjang tahun! πŸŒŸπŸ’–

Jom mulakan sekarang! Tag kawan-kawan untuk sama-sama sihat di tahun baru! πŸ’¬πŸ‘‡

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.